hujan salju

Minggu, 01 April 2012

7 IMAM QIRA'AH SAB'AH


7 IMAM QIRA’AH SAB’AH

Untuk melestarikan qira’ah sab’ah, yang mulai kita lupakan, bahkan saat ini banyak yang belum mengerti tentang qira’ah sab’ah, maka kita perlu kembali pada sejarah dan mengenal imam qurra’ tujuh yang masyhur. Qira’ah yang mutawatir yang dinuqilkan kepada kita itu adalah dari para Qurra’ yang huffadzh. Mereka terkenal dengan hafalan, kekuatan ingatan dan kejujurannya. Mereka itulah para imam qurra yang termasyhur yang menuqilkan kepada kita qira’ah sahabat dari Rasulullah Saw. Mereka jelas mempunyai kelebihan ilmu dan pengetahuan terhadap kitab Allah Swt, sebagaimana telah disinggung oleh Raulullah Saw : “Sebaik-baiknya kamu adalah orang yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya” mereka adalah :
1. Ibnu Amir
Namanya Abdullah Al-Yuhsibi, pernah menjabat qadhi di Damsyiq pada masa pemerintahan Al-Walid bin Abdul Mulk. Dia diberi nama panggilan Abu Imran. Dialah seorang tabiin yang mengambil qiraah dari Mughirah bin Abi Syihab Al-Makhzumi ,dari Utsman, dari Rasulullah Saw. Dia meninggal di Damsyiq tahun 118 H. Ada dua orang yang terkenal meriwayatkan qira’ahnya yaitu Hisyam dan Ibnu Dzakwan. Penulis kitab Asy-Syathibiyyah mengatakan: Adapun Damsyiq adalah kampung (negri) Ibnu Amir. Sedangkan Hisyam dan Dzakwan adalah dua orang yang meriwayatkan qira’ahnya.
2. Ibnu Katsir
Nama lengkapnya Abu Muhammad Abdullah Ibdu Katsir Ad-Dari Al-Makiyyi. Dia Imam dalam hal qira’ah di Mekkah. Dia seorang tabiin dan pernah berjumpa dengan sahabat Abdullah bin Zubair, Abu Ayyub Al-Anshari dan Anas bin Malik. Dia meninggal di Mekkah tahun 120 H. Dua orang yang terkenal meriwayatkan qira’ahnya, yaitu Al-Bazzi (meninggal tahun 250 H) dan Qunbul (meninggal tahun 291 H) penulis kitab Asy-Syathibiyyah mengatakan: Mekkah itu tampat tinggal Abdullah Ibnu Katsir. Sedangkan yang meriwayatkan qira’ahnya adalah Ahmad Al-Bazzi dan Muhammad Ali yang nama sanadnya dilaqabi Qanbul
3. Ashim Al-Kufiyyi
Dia adalah Ashim bin Abi Najwad Al-Asadi. Dia sering dipanggil Ibnu Ibnu Bahdilah. Nama panggilannya Abu Bkar dan dia adalah seorang tabiin. Meninggal di Kufahtahun 127 atau 128 H. Yang meriwayatkan qira’ah darinya adalah syu’bah (wafat tahun 193 H) dan Hafsh (wafat tahun 180 H). penulis kitab Asy-Syathibiyyah mengatakan: Di Kuffah Al-Gharra’ ada tiga orang yang keharuman mereka melebihi wangi-wangian dari cengkih Abu Bakar atau Ashim adalah panggilannya yang utama meriwayatkan darinya adalah syu’bah yang terkenal dan Hafs yang terkenal dengan ketelitiannya itulah murid Ibnu Iyasy atau Abu Bakar yang diridhai.
4. Abu Amr
Nama lengkapnya Zayyan bin Al-’Alla’ bin Umar al-Bashri, syekh para perawi. Dikatakan pula dengan nama Yahya, juga Kunaitah. Meninggal di Kuffah tahun 154 H. Yang meriwayatkan darinya adalah Ad-Duri (wafat tahun 246 H) dan Susi (wafat tahun 261 H). penulis kitab Asy-Syathibiyyah mengatakan : Imam Muzini yang dipanggil Abu Amr Al-Bashri putra Al-’Alla ia menurunkan ilmunya pada Yaya al-yazidi namanya populer bagai sungai Eufrat Abu Amr Ad-Duri orang paling shaleh diantara mereka.
5. Hamzah Al-Kufi
Nama lengkapnya Hamzah bin Habib bin Immarah Az-Zayyat Al-Faradhi At-Taimi maula (bekas hamba) Ikrimah bin Rabi’ At-Taimi. Nama panggilannya Abu Immarah. Dia meninggal di Halwan pada masa khalifah Abu Ja’far Al-Manshur tahun 156 H. Adapun yg meriwayatkan darinya adalah Khalaf (wafat tahun 229 H) dan Khallad (wafat tahun 220 H) lewat (dengan perantaraan) Salim. penulis kitab Asy-Syathibiyyah mengatakan: Ada lagi Hamzah si wara’i yang jatuh hati pada Al-Qur’an meriwayatkan darinya adalah Khalaf dan Khallad dengan perantara Salim.
6. Nafi’
Nama lengkapnya adalah Abu Ruwaim Nafi’ bin Abdurrahman bin Abi Na’im Al-Laitsi, dia berasal dari Ashifahan, dan terkenal sebagai pakar Qurra’ di Madinah tahun 169 H. Yang meriwayatkan darinya adalah Qalun (wafat tahun 220 H) dan Warasy (wafat tahun 197 H) penulis kitab Asy-Syathibiyyah mengatakan: Adalah Nafi’ seorang terhormat lagi harum namanya
memilih tempat di Madinah Qalun Isa dan Utsman Warasy sahabat mulia yang mengembangkannya.
7. Al-Kasai
Nama lengkapnya adalah Ali bin Hamzah, seorang imam nahwu bagi orang-orang Kuffah. Nama panggilannya Abul Hasan. Sedang dinamakan Al-Kasai, karena ketika ihram dia memakai pakaian kebesaran (kisa). Dia meninggal di Ranbawiyyah, sebuah kampung di desa Ar-Rai, ketika hendak pergi ke Hurasan bersama Ar-Rasyid tahun 189 H. Orang yang meriwayatkan darinya adalah Abu Al-Harits (wafat tahun 242 H) dan Ad-Duriy (wafat tahun 246 H) penulis kitab Asy-Syathibiyyah mengatakan: Adalah Ali yang panggilannya Al-Kasa’I karena “kisa” pakaian ihramnya yang neriwayatkan darinya adalah Abu Harits dan Hafsh Ad-Duriyyi.







Qiraah ‘Ashim Riwayah Hafs
dan Sejarah Penyebarannya

Qiraah ‘Ashim merupakan salah satu daripada tujuh mazhab qiraah sab’ah. Aliran qiraah ini merupakan qiraah yang biasa dibaca oleh penduduk di kepulauan Nusantara dan juga dibaca majoriti umat Islam di dunia. Nama lengkap Imam ‘Ashim adalah Abu Bakar ‘Ashim bin Bahzalah al-Asadi al-Kufi. Imam ‘Ashim merupakan imam yang dihormati di kalangan ulama qiraah yang lain kerana kepakarannya dalam bidang qiraaah al-Quran. Beliau merupakan orang yang tekun dalam melaksanakan ibadah, memiliki etika yang terpuji dan mempunyai suara yang indah.
Beliau memiliki dua perawi (orang atau murid yang meriwayatkan qiraah) iaitu Abu Bakar Syu’bah bin Salim al-Hannath al-Asadi al-Nahsyali al-Kufi, lebih popular dengan sebutan Syu’bah dan Abu ‘Umar Hafs bin Sulaiman bin al-Mughirah al-Asadi al-Kufi. Bagaimanapun, daripada kedua-dua perawi itu, hanya riwayat atau bacaan Hafs sahaja yang digunakan umat Islam ketika ini.
Dalam konteks mengapa penduduk di kepulauan Nusantara menganut aliran Qiraah riwayat Hafs, ini berkait rapat dengan sejarah penyebaran Islam di kawasan ini oleh para pendakwah-pendakwah yang dikatakan berasal dari pelbagai kawasan seperti India, Persia dan Tanah Arab. Menurut catatan sejarah masuknya Islam ke kawasan ini, para pendakwah yang juga melakukan perniagaan berasal dari kawasan Persia. Memandangkan bahawa faktor geografi Kufah yang berhampiran dengan kawasan Persia, maka ia menjadi satu hipotesis masuknya qiraah ‘Ashim riwayah Hafs ke Nusantara bersama-sama dengan masuknya pendakwah tersebut. Imam ‘Ashim sendiri berasal dari Kufah Irak yang merupakan bandar ilmu dan peradaban ketika itu.
Maka sangat logik kalau kemudian para pendakwah itu di dalam menyebarkan agama Islam turut mengajarkan al-Quran mengikut qiraah ‘Ashim yang sememangnya menjadi aliran yang dominan di masyarakat Kufah ketika itu. Ini diperkukuh lagi dengan fakta bahawa mazhab qiraah yang berkembang di Iran (Persia) sekarang mengikut riwayah Hafs. Oleh kerana penyebaran Islam di kawasan Nusantara disebarkan oleh para pendakwah-pendakwah yang berasal dari kawasan Parsi, maka dengan sendirinya sistem bacaan al-Quran yang digunakan adalah mengikut qiraah ‘Ashim riwayah Hafs. Oleh kerana itu, hari ini kita mengenali satu cara pengajaran dan pelajaran membaca al-Quran dengan menggunakan qaidah baghdadiyah iaitu satu kaedah yang berpandukan kepada cara orang Baghdad (Kufah) dalam mempelajari al-Quran.
Daripada premis itu kemudian Qiraah ‘Ashim riwayah Hafs berkembang dan dibaca di kepulauan Nusantara sehingga ke hari ini. Tentunya dengan memahami latar belakang dan asal mula munculnya ilmu qiraah ini, pengetahuan kita terbuka kepada satu keadaan di mana ketika kita membaca al-Quran, Imam ‘Ashim riwayah Hafs yang selama ini kita amalkan bukanlah  satu-satunya qiraah yang diamalkan umat Islam. Apatah lagi mempunyai pemikiran dengan menyalahkan dan menganggap qiraah mazhab lain salah.
Dengan begitu, ketika kita mendengar orang lain membaca al-Quran dengan qiraah yang asing atau pelik di telinga, maka kita tahu bahawa orang itu membaca dengan qiraah selain riwayah Hafs. Hakikatnya, dengan mengenali dan mempelajari ilmu qiraah, tercipta di dalam minda kita satu pemikiran yang menerima kepelbagaian amalan dan tradisi yang berbeza dengan kita. Ini bermakna ilmu qiraah turut menyumbang satu pemahaman tentang pluraliti kehidupan termasuk bagaimana kita juga bersikap terbuka terhadap kepelbagaian keyakinan, agama, bangsa, bahasa, budaya kaum dan lain sebagainya kerana sememangnya itu adalah sunnatullah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar